Santapan Rohani..


Hubungan hamba dengan Pencipta :
Firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi melalui Rasulullah SAW :
“Apabila seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal,
maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. 
Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada-Ku sehasta,
maka aku mendekatkan diri-Ku kepadanya sedepa. 
Kalau hamba-Ku datang kepada-Ku dengan berjalan, 
maka Aku datang kepadanya dengan berlari.”  
(Riwayat Bukhari dari Anas)

 Al-Qur'an sebagai syafaat :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak
sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”  (Hadis Riwayat Muslim) 
 
Di dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Qur'an,
bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.


No comments:

Post a Comment